AMSENIRUPA

Art should bring about a respect for life
and god's creation around us

Ahad, 26 September 2010

HANTU

Malam ini hantuku
tak mahu diam;
Panans mendidih sepi
hantu menjolok resah.

Hantu dan aku
berkhalwat,
masuk kelambu
mengenal kebogelan.

Ketegangan terasa
dalam ikatan
pelikat pusaka bapa.

Teringin nak berpadu madu
dengan bantal peluk
yang enak hapaknya
seronok pejalnya.

Terasa sedutan
angin buatan
yang berpusar-pusar
di langit-langit.

Kain berkembung
seperti layar
menyelubung lamunan
yang kian membesar.

Kipas di siling gila berputar,
berputar dan berputar,
dalam pusaran yang meluas.

Mata pudarku terperangkap
dalam kemungkinan
kekosongan.

Dalam cahaya bulan penuh bayang,
burung tukang yang dulu
tak penat membising kepastian,
memalu otakku hingga milu
tiap paluan kepercayaan
dijadikan tanda soalan,

sebesar hantu galah
yang menghimpitku
dicelah kelengkang hitam
hingga aku lelah.
SALLEH BEN JONED



Tenang II

Denai Hau II