AMSENIRUPA

Art should bring about a respect for life
and god's creation around us

Rabu, 16 Mei 2012

cat air atas kertas
lukisan ni telah dihasilkan setahun yang lalu,sewaktu aku berada di suatu daerah di utara tanah air.

Isnin, 18 Oktober 2010

Mushrooms

Gelandangan - Urban

Tanjung Gosong

Petang sabtu yang lepas aku ke Kuala Pahang Pekan,saje jalan2 sambil mencari pemandangan yang menarik untuk dilukis.Aku memang sengaja bawa segala peralatan lukisan dalam kereta dan tujuan aku petang ni adalah untuk melukis secara langsung di lokasi yang menarik perhatian aku.Kuala Pahang sebuah penempatan nelayan yang kebanyakkan penghuninya mencari rezeki dengan hasil laut.Sepanjang penjelajahan aku....banyak pemandangan yang menarik untuk diabadikan.Memandang cuaca pada masa tu agak panas...aku cuma ambik gambar je.Gambar Bot ni sebenarnya aku lukis berpandukan gambar yang aku ambik disebuah perkampungan nelayan di Tanjung Gosong.Walaupun pada awalnya aku membuat lakaran secara langsung dilokasi.....malangnya tetiba sahaja hujan turun sebelum sempat aku menyiapkan lakaran.Ini adalah antara lukisan teknik cat air aku.Sudah sekian lama aku melupakan teknik cat air,rasa rasanya dah 4-5 tahun aku tak menggunakan medium ni.Masih banyak yang perlu aku perbaiki....untuk permulaan ni,aku rasa skill tu masih ada cuma perlu banyak latihan je....